Tuesday, 14 October 2014

Keindahan Kampung Kabong

Keindahan suasana di Kabong 






Pesta Kabong

Produk Koperasi

Terdapat pelbagai jenis makanan traditional, kuih muih kering, ikan masin, dan sebagainya.

Popia Sambal

Kerepek Goreng

ubi goreng

Kuih Raja

Apam Coklat

Kuih Semperit

Biskut Susu

Kekacang

Ikan Masin Empirang

Ikan Masin Gonjeng 

Ikan Masin Yu

Ikan Masin Gunting

Belacan Mahsuri

Kuih Cincin Mahsuri

Ikan Terubok Kabong

Ikan Masin Belah 

Telur Terubok Mahsuri

Anak Udang

Laban/Cator/Ikan Tembakol

Siput Sedut

Ikan Empirang Masin

Kuih Cap Mahsuri

Kacang Bersos Mahsuri

Kuih Deram Mahsuri

Biskut Queen Mahsuri

Kuih Jala Mahsuri

Kerepek Gula Mahsuri

Kerepek Pisang Mahsuri

Kerepek Pisang Kepok

Pek Yek Mahsuri

Roti Sepit Mahsuri

Kuih Bahulu Mahsuri

Cucur Keladi Mahsuri

Cucur Lemantak Mahsuri Fifa

Cucur Lemantak Mahsuri Ain

Pegawai Untuk Dihubungi

Koperasi Mahsuri Kabong Berhad 
Lot 112 Kampung Hulu Lintang
94650 Kabong
Betong Sarawak
Email : mahsurikabong@gmail.com





Encik Syahlan Jasmi  
Bendahari
No.Tel : 0198348092

Encik Ridzauden B. Chek 
ALK
No.Tel 0104136263

Encik George Aiman Milin 
ALK
No.Tel 0198884070

Cik Ainnur Faizza Tuah
Setiausaha 
No.Tel 0135769686

Encik Salleh Ikom 
Timbalan Pengerusi
No.Tel 0145860819

Tuan Leh Elah 
Pengerusi
No.Tel 0198644721

Daerah Kecil Kabong

Daerah Kecil Kabong

26 Ogos 2002 adalah hari bersejarah, buat Pejabat Daerah Kabong telah berpindah secara rasminya ke pejabat baru di Jalan SRK. Abang Leman, Kabong. Bangunan setinggi dua tingkat itu menempatkan Bilik Mesyuarat, Bilik Ketua Masyarakat dan Bilik Sudut Kopi di bahagian bawah manakala di bahagian atas pula ialah Bilik Pegawai Tadbir Sarawak, Bilik Pembantu Tadbir Kewangan, Bilik Pembantu Tadbir Rendah dan Pejabat Am. 
Pejabat Daerah Kecil Kabong (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong)
Pekan Kabong

Tidak jauh dari Pejabat Daerah Kecil Kabong, terletaknya Pekan Kabong yang mempunyai 3 deretan bangunan kedai kayu.

Lokasi Pekan Kabong Pekan Kabong tidak lagi terpencil dari bandar dan pekan lain berbanding dahulu, malah Kabong mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek menjadi sebuah pusat perdagangan yang berperanan sebagai pusat agihan kepada persekitaran daerah kecil Kabong. Ini kerana pekan ini terletak di Kuala Batang Krian dan boleh menjadi pelabuhan persinggahan utama.

Mengenali Daerah Kecil Kabong

Keluasan Daerah Kecil Kabong adalah kira-kira 426 kilometer persegi. Sementara jaraknya dari bandar-bandar berdekatan adalah :-

  • Perjalanan ke Bandar Sri Aman (198 km)
  • Sarikei (85 km)
  • Saratok (63 km)
Kawasan ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Pengangkutan utama penduduk persekitarannya adalah menggunakan bas, van persendirian atau kenderaan sendiri.

Penempatan di Daerah Kecil Kabong

Antara kemudahan awam yang disediakan - balai raya (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong)
Daerah Kecil Kabong pada keseluruhannya mempunyai Rumah Panjang (Iban) sebanyak 26 buah, Kampung Melayu (27 buah). Kegiatan Ekonomi Penduduk Penduduk di sini kebanyakannya menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan ekonomi utama mereka dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti kelapa, koko, buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain selain menjadi nelayan serta berniaga secara kecil-kecilan. Kabong Kaya Dengan Hasil Pertanian dan Laut Kelapa adalah hasil pertanian yang utama di sini mana pekebun-pekebun kecil kelapa akan menjual kelapa (tua) dan kelapa kering (kopra) kepada pemborong untuk diproses di luar Kabong manakala kelapa muda dibekalkan kepada gerai-gerai di bandar Sarikei.

Hasil tangkapan ikan pula dijual kepada pemborong, atau dijual sendiri oleh nelayan tempatan di pekan-pekan lain seperti Roban, Saratok, Pusa, Debak, Spaoh hingga ke bandar Sri Aman. Selain itu, ia juga dijadikan ikan kering, ikan masin dan ikan salai.

Penangkapan obor-obor pula dilakukan secara bermusim (musim kemarau) dan ia merupakan mata pencarian yang paling lumayan. Obor-obor yang dijual kepada pemborong yang kemudiannya memprosesnya. Semua bahagian obor-obor ini digunakan sepenuhnya iaitu kepala obor-obor diproses untuk pasaran tempatan manakala badannya diproses bagi pasaran ke luar negara.

Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam

Pasar Kabong (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong)
Hampir semua agensi kerajaan terdapat di sini selain Pejabat Daerah Kecil Kabong. Antaranya Majlis Daerah Saratok (Daerah Kabong), Balai Polis Daerah, Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO), Jabatan Laut, Jabatan Kerja Raya (Bahagian Bekalan Air), Jabatan Pengairan Dan Saliran, Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Perubatan/ Klinik Desa, Jabatan Pertanian Daerah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan turut menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Kabong. Pendidikan

Terdapat 12 buah sekolah rendah di sini, sekolah menengah (1 buah), SRB Chung Hua (1 buah) dan beberapa buah tadika dan taska KEMAS. Tarikan Pelancongan

Pantai yang panjang dan bersih sesuai untuk perkelahan, riadah, pesta dan rekreasi seperti Pantai Tanjung Kembang, Pantai Alit dan Pantai Gerigat menjadikan Kabong sesuai dan berpotensi besar dalam bidang pelancongan.

Selain itu, Kabong juga kaya dengan kebudayaan masyarakat tempatan yang merangkumi Melayu, Iban dan Cina.

Kubu Rentap Sejarah Tak Ternilai

Sementara di Kampung Batang Maro terdapatnya tugu atau Kubu Rentap sebagai lambang kepahlawanan rakyat Sarawak atau Malaysia amnya di dalam menentang penjajahan Rajah Brooke. 


Fakta Daerah Kecil Kabong
Keluasan426 kilometer persegi
Kedudukan198 km bandar Sri Aman, 85 km dari Sarikei, 63 km dari Saratok
Keistimewaan- Monumen silam (Kubu Charles dan Kubu Rentap),
- Pelancongan
- Terkenal dengan ikan dan obor- obor
Populasi12,590 (banci tahun 2000)
Komposisi PendudukMelayu (80%), Iban (17%), Cina (2%), Lain-lain (1%)
Pekerjaan UtamaNelayan (60%), Petani (30%), dan Lain-Lain (10%)
Kemudahan AsasBekalan Air, Elektrik, Telefon, Sekolah Rendah (2), Tadika KEMAS (3), Taska (1), Klinik Kesihatan (1), Dewan Serbaguna, Pengkalan Persinggahan Kapal
Perhubungan UtamaPerjalanan darat (Bas, Van Persendirian dan Kenderaan sendiri)
Agensi KerajaanMajlis Daerah Saratok (Daerah Kabong), Balai Polis Daerah, SESCO, Jabatan Laut, Jabatan Kerja Raya (Bekalan Air), Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Minyak Kelapa (PORIM), MARDI, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Pertanian dan LKIM
MP / ADUNDatuk Peter Tinggom Ak Kemarau (P.179 Saratok)
YB Abdul Wahab Aziz (N.28 Kalaka)

Senarai Pegawai Pentadbir Sarawak Yang Pernah Berkhidmat Di Pejabat Daerah Kecil Kabong

Abang Mansor B. Abg Pong 
Johari Mohidin 
Johnson Luat Sudok 
David Impi 
Wan Ali Tku. Drahman 
Abg Zamahari B. Datuk Abg Abu Talip 
Kiprawi Senusi 
Ismail Takip 
Shamsudin Ahmad Buang 
Baspa Baskop 
Mohidin Seman 
Abd. Ghafur Shariff(Jan 1973 - 1974)
Mejeni Mahmud 
Hamedon Hj Wahab 
Yusuf Hj Amir(22.01.79 - 05.12.81)
Abg Wahed Abg Muzi(01.07.82 - 12.05.84)
Adenan Takip(12.05.84 - 25.07.86)
Besri Benus(26.07.86 - 01.02.88)
Kamaludin Alkap(31.01.88 - 20.04.90)
Mohd Yelsof Lee(21.04.90 - 24.05.93)
Morini Kudan(25.04.93 - 30.11.96)
Abg Ahmad Arabi B. Abg Bolhassan(20.12.96 - 2000)
Andrew Gumbak(09.01.00-15.04.02)
Mansor B. Borhan(01.07.02 - masih berkhidmat)