26 Ogos 2002 adalah hari bersejarah, buat Pejabat Daerah Kabong telah berpindah secara rasminya ke pejabat baru di Jalan SRK. Abang Leman, Kabong. Bangunan setinggi dua tingkat itu menempatkan Bilik Mesyuarat, Bilik Ketua Masyarakat dan Bilik Sudut Kopi di bahagian bawah manakala di bahagian atas pula ialah Bilik Pegawai Tadbir Sarawak, Bilik Pembantu Tadbir Kewangan, Bilik Pembantu Tadbir Rendah dan Pejabat Am.
![]() |
Pejabat Daerah Kecil Kabong (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong) |
Tidak jauh dari Pejabat Daerah Kecil Kabong, terletaknya Pekan Kabong yang mempunyai 3 deretan bangunan kedai kayu.
Lokasi Pekan Kabong Pekan Kabong tidak lagi terpencil dari bandar dan pekan lain berbanding dahulu, malah Kabong mempunyai lokasi yang strategik dan berpotensi mempunyai prospek menjadi sebuah pusat perdagangan yang berperanan sebagai pusat agihan kepada persekitaran daerah kecil Kabong. Ini kerana pekan ini terletak di Kuala Batang Krian dan boleh menjadi pelabuhan persinggahan utama.
Mengenali Daerah Kecil Kabong
Keluasan Daerah Kecil Kabong adalah kira-kira 426 kilometer persegi. Sementara jaraknya dari bandar-bandar berdekatan adalah :-
- Perjalanan ke Bandar Sri Aman (198 km)
- Sarikei (85 km)
- Saratok (63 km)
Penempatan di Daerah Kecil Kabong
![]() |
Antara kemudahan awam yang disediakan - balai raya (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong) |
Hasil tangkapan ikan pula dijual kepada pemborong, atau dijual sendiri oleh nelayan tempatan di pekan-pekan lain seperti Roban, Saratok, Pusa, Debak, Spaoh hingga ke bandar Sri Aman. Selain itu, ia juga dijadikan ikan kering, ikan masin dan ikan salai.
Penangkapan obor-obor pula dilakukan secara bermusim (musim kemarau) dan ia merupakan mata pencarian yang paling lumayan. Obor-obor yang dijual kepada pemborong yang kemudiannya memprosesnya. Semua bahagian obor-obor ini digunakan sepenuhnya iaitu kepala obor-obor diproses untuk pasaran tempatan manakala badannya diproses bagi pasaran ke luar negara.
Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam
![]() |
Pasar Kabong (Foto Ehsan Pejabat Daerah Kecil Kabong) |
Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Perubatan/ Klinik Desa, Jabatan Pertanian Daerah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan turut menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Kabong. Pendidikan
Terdapat 12 buah sekolah rendah di sini, sekolah menengah (1 buah), SRB Chung Hua (1 buah) dan beberapa buah tadika dan taska KEMAS. Tarikan Pelancongan
Pantai yang panjang dan bersih sesuai untuk perkelahan, riadah, pesta dan rekreasi seperti Pantai Tanjung Kembang, Pantai Alit dan Pantai Gerigat menjadikan Kabong sesuai dan berpotensi besar dalam bidang pelancongan.
Selain itu, Kabong juga kaya dengan kebudayaan masyarakat tempatan yang merangkumi Melayu, Iban dan Cina.
Kubu Rentap Sejarah Tak Ternilai
Sementara di Kampung Batang Maro terdapatnya tugu atau Kubu Rentap sebagai lambang kepahlawanan rakyat Sarawak atau Malaysia amnya di dalam menentang penjajahan Rajah Brooke.
Fakta Daerah Kecil Kabong
| |
Keluasan | 426 kilometer persegi |
Kedudukan | 198 km bandar Sri Aman, 85 km dari Sarikei, 63 km dari Saratok |
Keistimewaan | - Monumen silam (Kubu Charles dan Kubu Rentap), - Pelancongan - Terkenal dengan ikan dan obor- obor |
Populasi | 12,590 (banci tahun 2000) |
Komposisi Penduduk | Melayu (80%), Iban (17%), Cina (2%), Lain-lain (1%) |
Pekerjaan Utama | Nelayan (60%), Petani (30%), dan Lain-Lain (10%) |
Kemudahan Asas | Bekalan Air, Elektrik, Telefon, Sekolah Rendah (2), Tadika KEMAS (3), Taska (1), Klinik Kesihatan (1), Dewan Serbaguna, Pengkalan Persinggahan Kapal |
Perhubungan Utama | Perjalanan darat (Bas, Van Persendirian dan Kenderaan sendiri) |
Agensi Kerajaan | Majlis Daerah Saratok (Daerah Kabong), Balai Polis Daerah, SESCO, Jabatan Laut, Jabatan Kerja Raya (Bekalan Air), Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut Penyelidikan Minyak Kelapa (PORIM), MARDI, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia, Jabatan Pertanian dan LKIM |
MP / ADUN | Datuk Peter Tinggom Ak Kemarau (P.179 Saratok) YB Abdul Wahab Aziz (N.28 Kalaka) |
Senarai Pegawai Pentadbir Sarawak Yang Pernah Berkhidmat Di Pejabat Daerah Kecil Kabong
Abang Mansor B. Abg Pong | |
Johari Mohidin | |
Johnson Luat Sudok | |
David Impi | |
Wan Ali Tku. Drahman | |
Abg Zamahari B. Datuk Abg Abu Talip | |
Kiprawi Senusi | |
Ismail Takip | |
Shamsudin Ahmad Buang | |
Baspa Baskop | |
Mohidin Seman | |
Abd. Ghafur Shariff | (Jan 1973 - 1974) |
Mejeni Mahmud | |
Hamedon Hj Wahab | |
Yusuf Hj Amir | (22.01.79 - 05.12.81) |
Abg Wahed Abg Muzi | (01.07.82 - 12.05.84) |
Adenan Takip | (12.05.84 - 25.07.86) |
Besri Benus | (26.07.86 - 01.02.88) |
Kamaludin Alkap | (31.01.88 - 20.04.90) |
Mohd Yelsof Lee | (21.04.90 - 24.05.93) |
Morini Kudan | (25.04.93 - 30.11.96) |
Abg Ahmad Arabi B. Abg Bolhassan | (20.12.96 - 2000) |
Andrew Gumbak | (09.01.00-15.04.02) |
Mansor B. Borhan | (01.07.02 - masih berkhidmat) |
No comments:
Post a Comment